Assalamualaikum……..
Pertama sekali aku tulis blog nip n sbb pe yg aku alami skarang…Ni la mslh dlm hidup aku…aku nk luah kn...Bila aku pkir dri hari ke hari…aku rse diri aku ni teruk sgt ta tau la sbb pe…aku sntiasa mncuba nk jdi yg terbaik…terbaik yg aku mksd kn ni ialah…..terbaik dissi Allah S.W.T…aku sntiasa tny ngn diri aku selama aku hidup ni…adakh dosa aku lgi byk dri pahala….adkh kdua-dua ye sme rata…..sntiasa aku brdoa untuk mendapat petunjuk dri Allah S.W.T……..smua ye kehendak-Nya…sme ade lambat atau pun cepat….bukan tu je…aku cbe nk dekat kn diri aku ngn agama…sbnrye kita hidup kat dunia ni byk yg kita ta tau lg….
Kita sbnrye hidup kat dunia ni cme seorang hamba kepada Nya……klau bleh ape yg disuruh kita buat la….aku bkn nk ckp diri aku ni perfet…tpi kita sme2 usaha mncari hidayah dan keredhaan Nya….
Allah Maha Besar
Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
Hidupku,
Matiku
Adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.
Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.
Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.
Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.
Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
Kayakan daku,
Angkatlah darjatku,
Rezekikan daku,
Berilah aku hidayah,
Sihatkanlah daku dan
Maafkanlah akan daku.
Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.
Selamat sejahtera dan rahmat Allah ke atas kamu
Selamat sejahtera dan rahmat Allah ke atas kamu
Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.
**__________ _________ _________ _________ _________ **
Demi Allah, Demi Rasul, Demi Islam Yang Tercinta..
Subhanallah Wallhamdulillah Wala Ilaha Illallah Allahu Akhbar..
**__________ _________ _________ _________ _________ **
Manusia mudah lalai dan lupa. Itu fitrah manusia. Sebab itulah ada kalanya kita senang tergelincir sekali gus terperangkap dengan bisikan syaitan. Akibatnya kita terjerumus di lembah dosa seperti zina.
Namun, apabila tersedar diri telah tersalah langkah, apa salahnya kita cepat-cepat berpatah balik. Sama seperti kita memandu kenderaan di jalan raya. Jikalau enggan membuat'u-turn' selepas tersedar sudah tersalah jalan, tentu semakin jauh kita tersasar dan bertambah banyak pula yang kita bakal rugikan.
Bagaimanapun, berpatah balik sahaja tidak cukup. Sebaliknya kita perlu bertaubat dan'menyuci' diri. Menurut pensyarah di Jabatan Pengajian Al-Quran dan Sunnah, Kuliah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Nadzirah Mohd, hidayah datang dari Allah. Justeru, jikalau tiba-tiba rasa tersedar dan terdetik untuk berubah, maka bertaubatlah kerana Dia Maha Pengasih lagi Maha Pengampun.
Dalam surah An-Nur ayat 31 Allah ada berfirman: "Bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang beriman, mudah-mudahan kamu mendapat kemenangan." Jelas Dr Nadzirah ayat tersebut cukup istimewa. Ini kerana selain Dia menyeru hamba-Nya supaya bertaubat, Allah turut meletakkan harapan di situ.
"Pada penghujung ayat itu ada diselitkan pengharapan – dengan harapan orang yang bertaubat itu akan beruntung dan berjaya iaitu berjaya melawan hawa nafsu dan mengatasi segala masalah. Tambah beruntung kalau taubat itu berpanjangan hingga ke akhirat. Dalam ayat tersebut, Allah bukan sahaja menyuarakan perintah-Nya supaya bertaubat, tetapi juga ada motivasi ke arah melakukan taubat," terang beliau.
Mengulas lanjut perihal taubat, Dr Nadzirah menjelaskan sifat taubat ada dinyatakan oleh Allah dalam kitab-Nya. Firman-Nya:
"Hai orang-orang yang beriman, taubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha." (At-Tahrim : 8).